Testimoni Peserta

Usrah Professional (UP!)

Program bersama AFM dan Che’ Mat memang best kerana Che’ Mat mempunya satu teknik atau kuasa yang luar biasa membolehkan saya dan sahabat tidak tidur ketika mendengar setiap slot yang dikendalikannya. Che’ Mat juga pandai buat lawak.
Muhammad Taqiyuddin Bin Adnan


Program bersama AFM dan Che’ Mat memang best kerana mereka telah menjayakan aktiviti ini dengan begitu menyeronokkan. Gaya dan cara yang digunakan ala-ala professional. Begitu juga dengan teknik yang digunakan. Dengan kepakaran yang digunakan, telah memberi kesan yang positif dalam diri sya. Saya berasa lebih bersemangat.Mula-mula saya datang ingtakan tak best. Tetapi,dengan adanya sebuah slot yang ada menyatakan bahawa kita buat kerja ini kerana kerja NABI. Saya berasa lebih bersemangat. TAK KENAL MAKA TAK CINTA.:-)
Muhammad Fazli Bin Othman

 
Program bersama CHE MAT DAN AFM memang best kerana program ini membuatkan saya rasa yakin dan bersemangat untuk  memberi usrah di sekolah saya .Ini memang merupakan satu impian bagi saya yang akhirnya telah tercapai kerana memang dari dulu saya ingin mengetahui cara berdakwah yang sebenar .Terima kasih.Insyaallah saya akan membimbing remaja kini untuk mentaati  ALLAH.
SITI RASHIDAH (SAMUS)

 
Program bersama CHE MAT dan AFM memang best kerana pelbagai jenaka diselitkan sehingga dapat sedar daripada tidur dan aktiviti yang sangat mencabar dan menguji kerjasama dalam kumpulan serta lagu yang sangat best diperdengarkan sebelum memulakan slot baru. Semoga nama Che’ Mat terus unggul dalam melatih generasi muda menjadi naqib n naqibah yang berkaliber. Amin, insyaAllah.

Nur Hidayah bt Ibrahim (samus)

Program bersama CHE’ MAT@AFM memang best kerana banyak ilmu or something that new in my life.Walaupun saya pernah mengikutinya sebelum ini,tapi seolah-olah macam baru pertama kali…Syukran ila group AFM kerna Berjaya menambat hati-hati kami.
SERIKANDI COMEL,UP MANS


MAX Camp

Program bersama CHE MAT dan AFM memang best kerana kem ini unik dan lain daripada kem yang lain.Saya dapat banyak pengalaman yang tidak pernah saya lalui.Kem ini juga menarik kerana kem ini tidak hanya mengenai ceramah .Banyak aktiviti menarik yang disediakan untuk peserta.Tambahan pula,aktiviti yang diadakan memberi banyak pengajaran kepada peserta.

Program bersama CHE MAT dan AFM memang best kerana sangat mendidik jiwa.CHE MAT DAN FASILITATOR menggunakan THE POWER OF LOVE dalam member ilmu.Di sini saya dapat belajar pelbagai perkara dan saya mesti berubah.Terima kasih.

SENTAP!

Program bersama Che’Mat memang best kerana saya mendapat kesedaran yang saya sebenarnya boleh berubah.Banyak yang saya belajar di program motivasi ini.Saya dapat mengenal siapa saya sebenarnya yang saya hanya duduk di (FELDA) boleh Berjaya dan saya juga dapat berubah mulai sekarang.SAYA NAK BERUBAH.

Program bersama Che’Mat best gilerrr.Seronok sangat!!saya dapat banyak pengajaran dari Che’Mat.Saya nak berubah.Saya tak nak susahkan ibubapa saya lagi.Saya nak belajar bersungguh-sungguh supaya cita-cita saya tercapai dan saya nak banggakan ibubapa saya.Saya tak nak kecewakan mereka.Saya benar-benar ingin berubah.Saya tak nak jadi anak derhaka.