Pengenalan

SEJARAH :
AlFaliheen Management (AFM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 6 Oktober 2008. Ianya diasaskan oleh oleh dua anak muda iaitu En.Mohd Fahri b. Maarof dan En.Mohamad b. Mohsin (Che' Mat). Mereka berdua sememangnya bercita-cita besar dalam dunia latihan dan pembangunan manusia. Kini AFM telah pun mencecah usia 3 tahun. Sudah lebih 50 organisasi/sekolah telah mendapat sentuhan motivasi daripada AFM. Kami sememangnya berbangga dan bersyukur di atas kepercayaan semua pihak terhadap perkhidmatan kami.
 
VISI SYARIKAT :
Menjadi penyelamat dan pembimbing generasi umat Islam akan datang yang terdiri dari generasi muda masa kini bersesuaian dengan slogan AFM "Protecting Ummah".

MISI SYARIKAT :
1. Mewarnakan Malaysia dengan Tarbiyyah Islamiyyah (nilai-nilai pendidikan berteraskan Islam )
2. Memberi khidmat nasihat, pandangan dan motivasi kepada masyarakat.
3. Menjadi agen pembentukan masyarakat secara terancang dan strategik.
4. Menjadi agen yang menghubungkan antara pendakwah dan masyarakat.
5. Menjadi satu badan dan platform tersendiri yang melatih serta melahirkan bakat-bakat baru dalam dunia dakwah.

MOTTO SYARIKAT :
Protecting Ummah

MATLAMAT JANGKA PANJANG :
AFM bercita-cita untuk mendekati segenap lapisan masyarakat terutama anak-anak muda generasi kini. Mereka inilah yang akan seiring dengan kami mewarisi kepimpinan negara Malaysia tercinta. Selain itu kami juga benar-benar teruja untuk memiliki sebuah Pusat Latihan & Kepimpinan yang mempunyai fasiliti yang lengkap dan baik. Pusat Latihan & Kepimpinan inilah yang akan digunakan untuk membangunkan ummat Islam di Malaysia ini.

ORGANISASI SYARIKAT :

Pengarah Urusan
En.Mohd Fahri bin Maarof

Master Trainer & Pengurus Pemasaran

Master Trainer II & Pengurus Pentadbiran
Pn. Khajar bt. Kamil

Master Trainer III & Pengurus Pemasaran
En.Said Muhammad Jamalludin b. Bachik