Fasilitator Utama AFM

Profesional Learning Facilitator / Master Trainer / Fasilitator Utama

Nama sebenar beliau adalah Mohamad bin Mohshin. Beliau lebih mudah dikenali dengan gelaran Che'Mat. Dilahirkan pada 20 September 1986 dan mendapat pendidikan awal di Sek.Keb Rantau (kini dikenali sebagai SK. Dato' Raja Melana). Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas, dan SMKA Sheikh Haji Muhammad Said Seremban. Pada tahun 2004 beliau telah menyambung pengajiannya dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Mu'tah Jordan sehingga tahun 2008.

Setibanya sahaja di Malaysia, beliau terus mengasaskan Alfaliheen Management bersama rakannya En.Fahri bin Maarof. Che' Mat merupakan ahli rasmi Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim (TAMRIN) yang dipengerusikan sendiri oleh Ybhg. Dato' Dr.Fadzilah Khamsah. Mendapat sijil pengiktirafan kejurulatihan daripada Kementerian Pembangunan Sumber Manusia (HRDF Certified Competence Trainer) dan TAMRIN Basic Training. Beliau juga kursus latihan Profesional Learning Facilitator dari Take Charge Sdn.Bhd dan Kursus Latihan NLP for Profesional Counselor.