Assalamualaikum, Salam Hebat buat pengunjung blog ini...! Anda masih bersemangat bersama Che' Mat..?? Mari kita imbau program UP! sekitar penghujung tahun 2011.. Malah bukan saja Semangat tetapi DuaMangat, TigaMangat dan berMangat-mangat..
Up! Nuqaba' Sekolah Menangah Agama Sains Kuala Pilah (SMASKP)
Alhamdulillah, pada 18-19 November 2011, Nuqaba' SMASKP telah UP! bersama Che' Mat dan AFM di StarFresh Agro Park, Kuala Pilah. Semua peserta yang hadir telah menunjukkan semangat dan minta untuk mengetahui apa yang akan disampaikan oleh Che' Mat. Tempat yang menarik, dengan makanan yang sedap juga mendorong melancarkan lagi perjalanan program. Tidak lupa, guru penasihat dan pengiring daripada SMASKP sendiri turut membantu melancarkan lagi program. Antara guru yang turut hadir memberi sokongan ialah, Ustaz Fuad Othman dan Ustazah Faizah. Berikut antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika program.
Sesi Muhasabah yang menyentuh perasaan dengan penghayatan yang mendalam oleh Che' Mat
Khusyuk peserta mendengar kata-kata daripada Ustaz Zarin
Antara peserta yang perlu menyampaikan tazkirah.
Program yang bermula pada 5.00 petang pada hari Jumaat tamat pada 5.00 petang hari Sabtu dengan jayanya. Para peserta begitu gembira dan seronok. Semua peserta mengucapkan jutaan terima kasih dan terharunya kepada Che' Mat selepas tamat program.
Selepas tamat UP! bersama Nuqaba' SMASKP, kami bergerak ke Banting untuk bersama-sama dengan Nuqaba' Sekolah Agama Menengah Unwanus Sa'adah (SAMUS)
UP! Nuqaba' SAMUS
Begitu khusyuk para nuqaba' SAMUS mendengar ceramah Che' Mat yang turut diselitkan dengan lawak.
Program di SAMUS bermula pada jam 8.00 malam, dengan sedikit taklimat, ice-breaking melalui aktiviti "cakap-cakap berapa". Para Nuqaba' begitu semangat dan gembira pada malam itu dengan aktiviti yang begitu menggembirakan. Nuqaba' juga perlu memberi tazkirah pada keesokan paginya, selepas subuh dihadapan peserta lain. terdapat halangan-halangan yang diberikan ketika penyampaian mereka. Pelbagai aktiviti juga turut diadakan seperti membina bangunan paling tinggi dan debat. Malam muhasabah sungguh syahdu dan penuh penghayatan yang disampaikan oleh Che' Mat sehingga begitu ramai yang menitiskan air mata keinsafan. Kesimpulannya, program di SAMUS berjalan dengan jayanya dengan testimoni yang baik daripada peserta dan pihak sekolah.




0 comments:
Post a Comment