Wednesday, November 30, 2011

MAX CAMP SIRI KE-8



Apakah program ini?

Program ini adalah program tahunan yang dijalankan setiap cuti sekolah hujung tahun. Kini sudah masuk siri yang ke-8 (Program umum sahaja. Program yang sama dilakukan di mana-mana seperti sekolah,masjid, surau, dll tidak diambil kira). Program ini dianjurkan oleh Alfaliheen Management. Nama program ini adalah KEM MOTIVASI ANAK EXCELLENT! (MAX Camp)

Apakah modul program ini?

Terdapat tiga modul teras yang menjadikan program ini efektif. Pertamanya adalah Modul Excellent Taqwa yang membicarakan persoalan aqidah. Modul ini menekan persoalan iman, ketaqwaan dan meningkatkan hubungan peserta kepada Allah. Kesannya, jika hati dekat pada Allah, manusia pasti terpandu setiap langkahnya.

Modul kedua adalah Excellent Future. Modul ini akan membimbing peserta supaya memiliki matlamat kehidupan yang jelas. Matlamat tersebut dihuraikan secara holistik dengan menjadikan keredhaan Allah dan syurgaNya menjadi tujuan utama. Kemudian peserta akan dibimbing supaya mereka juga tidak melupakan matlamat hidup di atas muka bumi. Inilah yang dinamakan matlamat holistik. Mengejar matlamat akhirat tanpa melupakan dunia.

Modul ketiga pula adalah Excellent Amal. Modul ini akan membentuk 4 sikap utama yang perlu diamalkan apabila mahu melakukan sesuatu kerja. Peserta akan menghayati 4 sikap ini iaitu (1)doa pada permulaan kerja, (2)usaha keras tanpa kenal putus asa, (3)berterusan melakukan kebaikan dan (4)bertawakkal pada Allah setelah melakukan sesuatu yang terbaik.


Apakah modul ini berkesan dan ada tak komen ikhlas daripada peserta-peserta yang pernah mengikuti modul ini?

1) Program yang dianjurkan AFM & Che’ Mat sememangnya berkesan. Semua orang patut hadir program seperti ini. Memang best! – Peserta dari Ma’ahad Ahmadi, Gemencheh

2) Saya sungguh sedar dan tersentuh hati dengan setiap kata-kata dan muhasabah yang diucapkan oleh Che’Mat – peserta dari SMK Dato’ Shahardin, Labu

3) Selepas saya mengikuti program bersama Che’Mat, saya rasa seperti ada semangat baru. Tiada siapa yang boleh menghalang saya untuk berjaya sekarang ini – peserta dari Kem 2010

4) Kursus ini sangat menarik dan bermanfaat. Gamesnya sangat menarik. Involve all participants and systematic. – peserta dari Kolej Mara Seremban

5) Terima kasih Che’Mat dan fasilitator. Saya sudah tahu kelebihan saya. Saya akan gunakan untuk melakukan perkara-perkara kebaikan. – peserta dari SMA Dato Haji Mustapha Jempol

6) Saya rasa tak rugi saya bayar rogram ini RM120. Kalau saya tahu RM1200 pun saya sanggup bayar! – Najmi pelajar perubatan di Kuala Lumpur


Apakah keistimewaan program ini sebenarnya?

1) Sudah semestinya keistimewaan yang pertama adalah jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Beliau adalah Che’Mat. Che’Mat walaupun baru sahaja tiga tahun dalam dunia pembangunan manusia, namun bakat beliau tidak boleh diperkecilkan lagi. Beliau rajin mencari ilmu untuk memantapkan persembahannya. Pembawakkannya juga bersahaja. Santai. Mudah didekati. Paling utama Che’Mat masih muda. Sesuai dengan program-program orang muda. Bahasanya juga lembut dan boleh disesuaikan mengikut dialek tertentu. Beliau juga bijak menggunakan intonasi suara untuk menjadikan programnya sentiasa ceria dan bersemangat. Anak-anak yang mengikuti programnya pasti akan sentiasa seronok disamping banyak input yang menyentuh hati yang diselitkan. Maklumat lanjut tentang beliau boleh didapati di laman blog peribadinya iaitu http://mohamadmohsin.blogspot.com/ atau facebook Mohamad Che’ Mat.


2) Kelebihan kedua program ini terletak pada fasilitatornya. Mereka ini dipilih sendiri oleh Che’Mat dan dijamin mempunyai komitmen yang tinggi, peribadi yang baik, pengalaman yang luas dan kemahiran komunikasi yang baik. Mereka semuanya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada antaranya sudah bekerjaya, dan ada juga yang masih belajar di universiti. Ada kelulusan agama, dan ada juga berkelulusan sains. Pokoknya, mereka semua ini telah pun mendapat latihan yang cukup. Bahkan juga Che’Mat sendiri mengadakan bengkel fasilitator kepada semua fasilitator sebelum bermula program.


3) Kelebihan ketiga pula terdapat pada modulnya. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan, Che’Mat dan fasilitator telah pun merangka modul khusus untuk pembangunan remaja. Tiga modul tersebut iaitu Excellent Taqwa, Excellent Future, dan Excellent Amal. Ianya di persembahkan dalam bentuk yang pelbagai. Ada ceramah interaktif, video, audio, games, dan pelbagai lagi aktiviti menarik.


4) Kelebihan keempat pula adalah pengisianya yang menggunakan pendekatan segar berdasarkan kajian NLP. Kami menekankan kepada dua aspek iaitu High Technology dan High Touch. High Tech adalah menggunakan segala macam peralatan moden seperti LCD Projector, Sound System, dan sebagainya. High Touch pula adalah pada penyampaian yang berimpak tinggi. Terus ke dalam hati dan benak fikiran peserta. Antaranya adalah memasukkan cerita-cerita sahih dari hadis Nabi S.A.W, kisah-kisah tauladan dan permainan yang menyentuh jiwa.


5) Akhirnya adalah pada sistem pembahagian kumpulan yang efektif. Kecil. Mengikut julat umur. Membezakan antara lelaki dan perempuan. Semua ini diraikan untuk memastikan konsep One To One Couching dapat dilaksanakan.


Bilakah program ini dijalankan?

Tarikhnya adalah 18-20 Disember 2011. Hanya satu siri sahaja yang dibuat. Olehn itu, segera daftarkan tempat untuk anak anda.


Dimanakah program akan dibuat?

Program ini dibuat di Pusat Sains Marin 1, Universiti Pertanian Malaysia di Port Dickson.


Siapakah yang patut hadir dalam program seperti ini?

Semua anak-anak yang berumur 11-17 tahun. Tidak kira lelaki atau pun perempuan. Semua layak mengikutinya!


Berapakah yurannya?

Yuran sebenar adalah RM240. Walaubagaimanapun, kami memberi DISKAUN 50% untuk pendaftaran awal sebelum 10 Disember 2011 ini. Mereka yang mendaftar awal akan mendapat harga RM120 sahaja. Terhad sehingga 10 Disember sahaja.


Bagaimana mahu mendaftar?

Mudah sahaja. Buat 4 langkah dibawah.

1-Sila buat pembayaran di Maybank atas nama Alfaliheen Management. No.akaun adalah 555126111085.

2-Kemudian SMS pada kami (0134031949-SHAH , 0133154779-fatin) kan 3 maklumat berikut :
1-Nama anak anda (peserta)
2-No.Kad pengenalan / Surat beranak
3-Maklumat bayaran (bila dan dimana)

3-Anda akan mendapat SMS pengesahan. Sila simpan SMS pengesahan tersebut, dan tunjukkan semasa pendaftaran di hari program 18 Disember nanti.

4-Sila bawa bersama RESIT pembayaran ke tempat program.



Hubungi nombor dibawah untuk pendaftaran :

1) 0134031949 En.Shah

2) 0133154779 Cik.Fatin




JADUAL PROGRAM MAX Camp 2011


Hari 1 : Ahad

Masa Aktiviti

2.00 – 4.00 petang Pendaftaran

4.00 – 5.00 petang : Solat Asar & Minum Petang

5.00 – 6.00 petang : Taklimat, Suai Kenal

6.00 – 7.00 petang : Makan, Mandi & Bersedia untuk solat

7.00 – 7.30 malam : Solat Maghrib

7.30 – 8.30 malam : Ice Breaking

8.30 – 9.00 malam : Solat Isyak

9.00 – 10.30 malam : Modul 1 : Excellent Iman & Taqwa

10.30 – 11.00 malam : Minum malam & Tidur

Hari 2 : Isnin

Masa Aktiviti

5.00 – 6.00 pagi : Qiamullail, Zikir Munajat, & Solat Subuh

6.00 – 6.45 pagi : Kuliah Subuh ( Kisah Pembunuh 99 Nyawa Manusia)

6.45 – 7.15 pagi : Riadhah Pagi

7.15 – 8.00 pagi : Sarapan & Bersedia untuk slot seterusnya

8.00 – 9.00 pagi : LDK : Kenal Diri

9.00 – 11.00 pagi : Modul 1 : Excellent Iman & Taqwa

11.00 – 12.00 t/hari : LDK : Kenal Diri 2

12.00 – 1.00 t/hari : Qailulah (Tidur tengahari seperti sunnah Nabi S.A.W)

1.00 – 2.00 petang : Solat, Makan & Bersedia untuk slot seterusnya

2.00 – 4.00 petang : Modul 2 : Excellent Future

4.00 – 5.00 petang : Solat Asar, Minum Petang, Rehat

5.00 – 6.00 petang : Riadhah

6.00 – 7.00 petang : Makan, Mandi & Bersedia untuk solat maghrib

7.00 – 7.30 malam : Solat Maghrib

7.30 – 8.30 malam : Kuliah Maghrib ( Kisah 3 Bani Israil Ditimpa Penyakit Kronik)

8.30 – 9.00 malam : Solat Isyak

9.00 – 10.30 malam : Modul 2 : Excellent Future

10.30 – 11.00 malam : Minum malam & Tidur

Hari 3 : Selasa

5.00 – 6.00 pagi : Qiamullail, Zikir Munajat, & Solat Subuh

6.00 – 6.45 pagi : Kuliah Subuh ( Kisah 3 Lelaki Terperangkap dalam Gua)

6.45 – 7.15 pagi : Riadhah Pagi

7.15 – 8.00 pagi : Sarapan & Bersedia untuk slot seterusnya

8.00 – 9.00 pagi : LDK : Hafazan & Smart Solat

9.00 – 11.00 pagi : Modul 3 : Excellent Amal

11.00 – 12.00 t/hari : LDK : Hafazan & Smart Solat

12.00 – 1.00 t/hari : Qailulah (Tidur tengahari seperti sunnah Nabi S.A.W)

1.00 – 2.00 petang : Solat, Makan & Bersedia untuk slot seterusnya

2.00 – 3.00 petang : LDK : What I Get?

3.00 – 4.00 petang : Kemas barang-barang

4.00 – 5.00 petang : Majlis Penutup bersama ibu bapa/ penjaga