AlHamdulILLAH , pada 11 dan 12 Februari 2011 ; SMKA Sharifah Rodziah telah menggunakan kepakaran alFaliheen Management ( AFM ) untuk memperkasakan para naqibah di sekolah hebat tersebut melalui program Usrah Profesional ( UP ).
Sekolah ini merupakan 100% sekolah para srikandi harapan negara justeru Jurulatih-jurulatih Utama AFM turut dibantu 9 tenaga Fasilitator perempuan yang berpengalaman dan serba boleh. Hasilnya, seramai 123 orang peserta mampu menghayati mutiara-mutiara ilmu yang kami persembahkan buat mereka.
Hasil testimoni lisan peserta menunjukkan mereka amat terkesan dengan beberapa suntikan yang kami sampaikan, antaranya :-
1. Bual Bestari : Usrah Efektif
Para peserta cukup terkesan dengan ilmu dan idea-idea dalam pembentangan ini. Malah tajuk ini cukup penting bagi mereka sebagai Naqibah untuk terus bermotivasi dan kreatif demi menyampaikan ilmu kepada ahli usrah mereka.
2. Bahan Modul : Tapak Sulaiman
Ketika di awal program , para peserta boleh mengambil kertas Tapak Sulaiman ini seberapa banyak yang diingini untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang ingin dihargainya. Pengajaran penting di sebalik kertas ini adalah , anda perlu banyak memberi !!! Memberi penghargaan yang ikhlas kepada orang lain ATAU memberi bantuan untuk orang lain. Jika anda BANYAK memberi, pasti anda akan BANYAK menerima. Para naqibah yang cemerlang akan komited memberi dan mencurahkan tenaga demi Islam.
3. Nasyid Tema : Satu Hati
Nasyid ini didendangkan oleh La Khauf, dan liriknya ditulis oleh Abu Marwan. Nasyid ini penuh menginsafkan dan memberi motivasi. Bahkan kebanyakan peserta berpusu-pusu meminta nasyid ini. Semoga ALLAH mengganjari penulis lirik dan penasyid Satu Hati ini kerana mampu menyuntik rasa tahu hingga jadi mahu berjuang.

0 comments:
Post a Comment