Thursday, January 27, 2011

UP di Ma'ahad Ahmadi

AlHamdulILLAH , pada 22 dan 23 Jan 2011 baru-baru ini seramai 66 naqib dan naqibah Ma'ahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan telah berjaya mengikuti program UP ( Usrah Profesional ) yang dahulunya dikenali dengan KELANA ( Kem Latihan Naqib ). Program ini berjaya mendapat respon yang memberangsangkan dari para naqib dan naqibah. Hasil testimoni mereka menunjukkan pelbagai pengisian, modul dan aktiviti yang AFM jayakan menerusi program ini berjaya menyuntik semangat dan kesungguhan mereka untuk menjadi seorang naqib dan naqibah yang PROFESIONAL .

Para naqib bersatu padu demi mebentuk menara kertas tertinggi dan terkuat

Perkongsian ilmu dan tips dijalankan dalam suasana santai namun penuh adab dan disiplin

Antara menara kertas yang lulus ujian ketahanan

Ustaz Mohamad seronok melihat para naqib yang bersemangat dan bersungguh-sungguh

Wajah-wajah nuqaba' MANS yang komited dan hebat

Sesi bengkel yang mencambahkan minda para naqib

Semoga bumi MANS terus subur dengan pemuda-pemudi yang hebat dan bakal menggegar dunia hasil proses pengtarbiyahan yang HEBAT dari para naqib dan naqibah ini. Semoga kalian kekal YANG TERHEBAT di dunia dan akhirat.

0 comments: