Tuesday, August 10, 2010

Meng'EMUDI' bakal Pemimpin Muda Islam


Sepanjang tahun ini, AFM berjaya menjalankan satu kem yang merupakan produk original daripada consultant ini. KEMUDI merupakan singkatan bagi Kem Pemimpin Muda Islam telah menembusi beberapa sekolah-sekolah menengah agama di Negeri Sembilan ini. Berikut beberapa lensa sepanjang program di sekolah-sekolah yang terlibat:


1) SMA Teluk Kemang


KEMUDI telah dijalankan di Teluk Kemang pada 10-11 Julai 2010 yang merupakan kem selepas KEMUDI di SMA Haji Mohd Yatim pada bulan April 2010. Kem yang disertai pelajar-pelajar yang memegang tampuk pimpinan di sekolah agama ini telah melatih mereka mengurus sesebuah organisasi dengan lebih sistematik.
Peserta yang terlibat dalam KEMUDI di SMA Teluk Kemang

2) SMA Dato' Haji Mustafa (SMADAM)


Pada 23-24 Jun 2010, SMA Dato' Hj Mustafa telah berjaya melaksanakan KEMUDI dengan kerjasama AFM. Kem yang diadakan dua hari itu menghimpunkan para pemimpin pelajar di sekolah tersebut.


Peserta tekun melaksanakan tugasan yang diberikan dalam kumpulan.

3) SMRA Jempol


KEMUDI diteruskan di SMRA Jempol pada 30-31 Julai 2010 bertempat di dewan sekolah tersebut. Sasaran peserta juga merupakan wakil-wakil pelajar yang memegang kepimpinan di sekolah mereka. Galakan dan kerjasama daripada para guru SMRA Jempol telah memudahkan lagi perjalanan kem selama 2 hari itu.


Seperti biasa, Ust Mohd akan menyampaikan ceramah sebelum memberi tugasan kepada para peserta.




1 comments:

PUTERA UNGGAL said...

salam alaik ya akhi...
hurm...
ustaz.. nanti mai la buat program KEMUDI di SMK Agama Sik pulak k...

putera
smkas...
puteramuizz@yahoo.com
puteraunggal.blogspot.com