
Sebagai konsultan berorientasikan motivasi pelajar, AFM tidak terkecuali dijemput untuk memberi ceramah mengenai kecemerlangan dan motivasi bagi semua peringkat pelajar umumnya dan pelajar yang menduduki peperiksaan penting iaitu UPSR, PMR dan SPM khususnya. Antara sekolah-sekolah yang menjemput pihak AFM:
1) SMA Sains Kuala Pilah
Pada 6 Julai 2010, pihak AFM telah dijemput oleh SMA Sains Kuala Pilah untuk menyampaikan ceramah kecemerlangan dan motivasi kepada semua pelajar sekolah tersebut kira-kira 500 pelajar. Bertempat di dewan sekolah, Ust Mohammad mewakili pihak AFM menyampaikan sesi ceramah tersebut.2) SMA Dato' Klana Petra Makmor


Ceramah Kecemerlangan PMR di SMA Dato' Klana Petra Makmor telah diadakan pada 30 Julai 2010 bertempat di Surau di sekolah tersebut. Sasaran peserta semestinya pelajar sekolah tersebut yang mengambil PMR pada tahun ini.

0 comments:
Post a Comment