Monday, August 9, 2010

CERAMAH ISRAK MIKRAJ...AFM BERTEBARAN KE SEKOLAH RENDAH


Pada sepanjang bulan Rejab & Sya'ban, kami pihak AFM telah dijemput oleh beberapa sekolah rendah untuk memberi Ceramah Isra' dan Mi'raj. Demi tanggungjawab sebagai sesama muslim, kami pun memenuhi undangan tersebut dengan hati yang terbuka. Berikut adalah beberapa lensa ceramah kami sepanjang bulan Julai ini:

1) Di SK Tebong

Ceramah Isra' Mikraj ini pada 20 Julai 2010 di SK Tebong menghimpunkan semua murid di sekolah tersebut.

Ust Mohd menyampaikan ceramah dengan menyanyikan lagu isra' mi'raj

2) SK Jelai 3


Sk Jelai 3 telah menjemput Ust Mohammad sebagai penceramah jemputan pada 23 Julai 2010.

Ust Mohammad berjaya menarik minat murid-murid sekolah mendengar ceramahnya.

3) SK Nyatoh

Seramai lebih kurang 400 murid SK Nyatoh mendengar ceramah pada 30 Julai 2010.


Guru Besar SK Nyatoh turun padang dalam mendengar ceramah isra' mi'raj.

4) SK Mantin



SK Mantin menutup tirai sesi ceramah isra' mi'raj tahun ini pada 6 Ogos 2010.


Murid SK Mantin bersemangat mendengar ceramah Ust Mohammad

0 comments: