Sunday, April 25, 2010

SENTAP menjengah SK Sg Jerneh

AFM berbesar hati kerana dijemput untuk menganjurkan SENTAP di SK Sg Jerneh,Gemencheh. Menurut GPK HEM,Pn Norsyidah,SENTAP pada kali ini mencatat sejarah kerana sejak 8 tahun lepas,inilah kali pertama sekolah ini menjemput trainer daripada luar.Benar,sekolah dalam kawasan kampung ini hanya mempunyai pelajar tidak sampai 70 orang dan 14 orang daripadanya pelajar tahun 6.Hanya seorang pelajar perempuan daripada 14 orang pelajar tahun 6 tersebut! Namun,semangat dan kecekalan mereka melebihi 100 orang berada di sekeliling mereka.

Berhadapan dengan 13 orang peserta (1 orang tidak hadir) nyata menguji kami.Selama ini,kami berhadapan dengan puluhan peserta tetapi kali ini hanya belasan sahaja.Tetapi kami dapat mengenal pasti beberapa pelajar yang berpotensi untuk mendapat 5A dalam peperiksaan.

Berikut sedutan SENTAP SK Sg Jerneh..








Upcoming Programme: SENTAP SK Wawasan,27-28 April

0 comments: