Monday, March 29, 2010

Seminar Motivasi Minat Belajar (SENTAP)



Apakah program/modul SENTAP ini?

Sentap adalah ringkasan daripada Seminar Motivasi Minat Belajar.Modul ini dirangka khusus oleh trainer berpengalaman bagi membantu pelajar Tahun 6 yang menghadapi dilemma dan masalah-masalah pembelajaran.

Apakah dilema pelajar peperiksaan Tahun 6 (UPSR)?

Masalah pelajar yang sering melakukan pecutan disaat akhir peperiksaan amat membimbangkan ibu-bapa dan guru-guru.Pelajar selalu lupa akan peperiksaan yang semakin dekat.Pelajar juga masih tidak minat untuk belajar.Kebanyakan mereka menghabiskan masa untuk bermain.Sekiranya kita mampu memberikan mereka pecutan pada awalnya,kenapa kita perlu membiarkan mereka memecut disaat akhir?

Apakah kesan modul ini kepada pelajar?

Selepas menghadiri seminar ini,peserta dijangka menunjukkan perubahan seperti berikut:

1.Pelajar mula menunjukkan minat pada pelajaran

2.Pelajar memahami kenapa perlunya belajar

3.Pelajar menunjukkan keaktifan pada pelajaran

4. Pelajar mula menunjukkan sikap yang positif pada pelajaran,keluarga,guru-guru dan rakan-rakan.

Berapa lamakah program ini akan dijalankan?

Program ini hanya memerlukan masa selama 4 jam sahaja.

Dua jam pertama peserta di bawa mengembara bagi menghuraikan persoalan Mengapa Perlu Belajar?Kaedah penyampian yang interaktif akan menjadikan pelajar seronok dengan program.

Manakala dua jam berikutnya,pelajar akan mempelajari 7 formula yang mudah dan praktikal.Formula ini hasil dari pemahaman pelajar terhadap slot yang pertama tadi.Formula ini bukan sahaja menjadikan pelajar bertenaga pada kelasnya,bahkan menjadikan ibu bapa,guru-guru dan rakan-rakannya turut merasai tenaganya.

Apakah keperluan yang perlu disediakan pihak sekolah?

Bagi mendapatkan kesan yang baik untuk program ini,kami dengan sukacitanya berharap

1. P.A Sistem yang baik.Gangguan pada microphone dan speaker akan menghilangkan tumpuan pelajar.

2. Pemancar LCD berfungsi dengan baik.

3. Bilik kuliah/dewan yang sesuai,mampu memaparkan LCD dengan baik.Program ditempat yang terbuka akan menjadikan LCD tidak berfungsi dengan baik.

4. Suasana yang kondusif.Program di tempat yang panas akan mengurangkan daya tumpuan pelajar.

5. Peserta dari pelajar Tahun 6 sahaja.Maksimum 100 orang.

6. Guru pengiring seramai 5 orang.

Apakah keperluan yang perlu disediakan oleh pelajar?

1.Peserta perlu membawa bersama 4 colour magic,sehelai surat khabar,2 helai kertas bersaiz A4,gunting dan gam

2. Sila bawa bersama gambar ukuran paspot.

Apakah barangan yang akan disediakan oleh pihak AFM kepada peserta?

1. Buku Kit Interaktif

2.Sijil Memori

Berapakah bayaran yang diperlukan untuk menjalankan program ini?

Pihak AlFaliheen Management telah menetapkan bayarannya hanyalah RM 600 sahaja.Bilangan maksimum pelajar adalah seramai 100 orang sahaja.

Ada diskaun ke tidak?

Ya,bukan sahaja diskaun,AlFaliheen Management bermurah hati untuk melaksanakan program ini secara PERCUMA* kepada 20 buah sekolah yang terawal memberikan respon.

Pada bulan yang kedua pula,AFM akan memberikan diskaun sebanyak 50%.Maka harganya adalah RM 300.

Pada bulan ketiga pula diskaun adalah sebanyak 25%.Maka harganya adalah RM 450.

Pada bulan-bulan yang seterusnya,tiada diskaun lagi akan diberikan.Maka program tersebut akan berharga RM 600.

Maka,apa yang perlu ditunggu lagi?Mungkinkah sekolah yang bertuah mendapat tawaran ini?

Apa yang perlu dibuat oleh kami untuk mendapatkan khidmat istimewa ini?

Pihak sekolah boleh mendapatkan khidmat ini dengan menghubungi talian berikut:

Pejabat : 06-6797048 (Hari Isnin hingga Khamis sahaja.Jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang)

Atau hubungi terus trainer berpengalaman kami iaitu:


En.Mohamad bin Mohsin : 017-3994433

En.Mohd Fahri bin Maarof : 013-6588240

En.Said Jamalludin bin Bachik : 019-2377240

En.Izzudin bin Nazaruddin : 013-2507978

Alamat Pejabat:

Alfaliheen Management,

No.49-2nd,Jalan Cempaka 28,

Pusat Komersil Cempaka,

70450 Senawang,N.Sembilan.

Laman Web dan emel :

alfaliheen@yahoo.com

http://alfaliheen.blogspot.com

*Perhatian :

1-PERCUMA adalah tertakluk pada terma dan syarat.Sila hubungi kami segera untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2-Modul SENTAP ini adalah sebahagian daripada usaha kita sebagai hambaNya.Kami sentiasa berusaha membantu pihak sekolah untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Adapun ketentuannya adalah pada kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa.Jika kita BERUSAHA dan BERJAYA,bersyukurlah pada Tuhan.Jika kita BERUSAHA tetapi menemui KEGAGALAN,maka bermuhasabahlah dan teruskan USAHA yang lain.Orang yang paling malang adalah manusia yang tidak berusaha dan menemui KEGAGALAN.Moga kita mampu mencipta kecemerlangan diluar jangkaan.



0 comments: