Objektif program ini adalah untuk menyedarkan peserta tentang kepentingan mencapai kecemerlangan akademik disamping mencungkil dan memupuk ciri-ciri kepimpinan yang harus dimiliki oleh pelajar.Dua ceramah di dalam kem ini disampaikan oleh En Mohammad bin Mohsin dan En Said Mohammad Jamaluddin dari AFM.
Berdasarkan maklumat keseluruhan program dari pada peserta,mereka memberi 83% untuk keseluruhan program pada kali ini.Antara komen dan cadangan yang dilontarkan:
1) Kami mencadangkan agar pelajar diberitahu lebih awal tentang tempat program.
2) Menyediakan pensyarah/staff yang lebih ramai untuk membantu kelancaran program
3) Memberi perhatian berkenaan kebajikan pelajar
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Negeri kerana memberi kepercayaan kepada pihak AFM untuk menganjurkan program pada kali ini.
0 comments:
Post a Comment