Monday, March 22, 2010

Retreat Islah Programme

Tanggal 17 Mac,AlFaliheen Management menganjurkan Retreat Islah Programme sebagai follow up kepada Islah Camp yang telah dijalankan dahulu.Seramai 28 orang telah hadir daripada beberapa buah sekolah antaranya SMKA Sheikh Haji Mohd Said,Maahad Ahmadi,SMKA Pedas,Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar,SMAD Klana dan Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah.Program dimulakan dengan pengisian oleh Trainer AFM,En Mohammad Bin Mohsin dan seterusnya oleh Saudara Mohd Hafizan Abd Hamid dari UKM.

Sesi sebelah petang adalah merupakan slot LDK iaitu slot debat ala parlimen bagi membincangkan berkenaan Program Latihan Khidmat Negara.Suasana menjadi panas apabila 4 kumpulan dibentuk bagi mewakili blok Kerajaan,pembangkang dan bebas.Gelagat lucu setiap pendebat amat mencuit hati para peserta.






Program berakhir pada jam 4 petang dengan mengisi borang penilaian program.Rata-rata maklum balas yang diterima berpuas hati dengan program ini.Kelemahan-kelemahan kecil akan kami berusaha untuk mengatasinya pada masa hadapan.

Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin
Pegawai Eksekutif
AlFaliheen Management Islamic Training & Motivation

0 comments: