KEM LATIHAN NUQABA' MRSM MUADZAM SHAH 2010.
Tarikh:6 dan 7 Mac 2010
Tempat:MRSM Muadzam Shah
Jumlah peserta:67 orang
Anjuran:MRSM Muadzam Shah dengan kerjasama AlFaliheen Management
Alhamdulillah,selesai sudah KELANA 2010 dengan jayanya di MRSM Muadzam Shah selama 2 hari.Banyak suka dan duka yang kami perolehi sepanjang program berlangsung.Rata-rata peserta memberikan respon dan kerjasama yang amat positif sepanjang program berlangsung.Antara perkara yang banyak dicadangkan oleh nuqaba' MRSM Muadzam Shah ialah memanjangkan waktu program.Tidak dapat dinafikan,waktu program yang amat padat mesti kami manfaat dengan sebaik-baiknya.
Berikut bingkisan sedutan-sedutan di MRSM Muadzam Shah









Antara resolusi yang kami persetujui ialah:
1.Ikhlaskan diri
2Setkan pemikiran untuk terima anak usrah
3.Betulkan diri sendiri dahulu
4.Amalkan dahulu sebelum diperkatakan
5.Tanamkan sifat yang baik ke dalam diri
6.Persiapkan diri dengan ilmu dalam semua aspek
7.Bermesra dengan semua pelajar sebelum dapat anak usrah
8.Wujud semangat ingin berusrah
Daripada borang muhasabah yang telah diberikan,kami mendapat 88.4% untuk keseluruhan program yang telah dijalankan.Moga-moga,kami berjaya mencetak generasi nuqaba' dan naqibat yang berkualiti,berketerampilan dan berkepimpinan pada masa hadapan.Buat adik-adik di MRSM Muadzam Shah,semoga berjaya dalam medan pentarbiyahan iaitu Usrah.
Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin
Pegawai Eksekutif
AlFaliheen Management Islamic Training and Motivation
0 comments:
Post a Comment