Thursday, October 15, 2009

AFM ke Cameron Highlands Bersama MMU







AlHamdulILLAH , kali ini AFM memenuhi undangan rakan-rakan dari Institusi Usrah ( IU ) di Multimedia Universiti ( MMU ) Melaka untuk memeriahkan program Travelog Aspirasi Ramadhan ( TAR 09 ) selama 3 hari di Cameron Highlands bermula dari 4 September ke 6 September 2009. Pelbagai pengisian dan perkongsian ilmu yang diperolehi sepanjang program ini pastinya tidak akan dilupakan oleh semua pihak yang terbabit.

Balai Islam yang menjadi tempat program dan penginapan para peserta program ini tentunya akan diingati ditambah dengan suasana sejuk dan dingin hingga tidak memerlukan kipas mahukan penyaman udara sepanjang kami berprogram.

Pihak al-Faliheen Management merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak IU MMU selaku penganjur program atas jemputan dan kepercayaan kepada kami untuk menjayakan pengisian program TAR 09. Kenangan bersama kalian tidak akan kami lupakan. Selamat maju jaya dalam perjuangan kalian di medan ilmu MMU ....

Sila layari pautan berikut untuk membaca testimoni dan laporan berkenaan TAR 09 :-

http://wadiqurra.blogspot.com

http://www.iumelaka.com/v1/2009/09/12/review-travelog-aspirasi-ramadhan-%E2%80%9D/

0 comments: