Port Dickson, 8 Jun 2009 - Pusat Penyelidikan UPM di Pot Dickson hari ini telah dimeriahkan dengan hampir 30 peserta berumur lingkungan 13 ke 17 tahun dalam program Kem Remaja Soleh ( KRS ) anjuran bersama KAFA Surau al-Hijrah, Bandar Springhill, Port Dickson dengan kerjasama al-Faliheen Management ( AFM ).
Program yang berbentuk kem santai ini berobjektif untuk mendidik dan melahirkan para remaja yang rajin mengerjakan ibadah solat dan mahir dengan ibadah tersebut di samping berakhlak mulia dan bertanggungjawab pada agama Islam , ibu bapa , guru dan masyarakat .
Para peserta turut didedahkan dengan asas bersuci , latihan berwudhul dan solat. Mereka juga didedahkan dengan pelbagai input ilmiah, motivasi serta tayangan-tayangan yang boleh menajamkan minda mereka. Para peserta juga dapat berkenalan dengan lebih erat sesama mereka walaupun berbeza kampung dan latar belakang . Mereka juga berkenalan dengan abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang terlatih dan berlatar belakang pendidikan di peringkat universiti tempatan dan luar negara.

0 comments:
Post a Comment