Saturday, August 29, 2009

Anda Ingin Kaya ???


Kami ingin menawarkan anda satu skim cepat kaya . Ya , SKIM CEPAT KAYA . Bahkan ala-ala MLM , Sistem Piramid . Namun semua keuntungan hakikinya dituntut di akhirat kelak.

Pihak al-Faliheen Management ( AFM ) menawarkan siri pengajian dan diskusi mutiara-mutiara ilmu Islam dari kitab Maza Ya'ni Intimaie lil Islam ( Apa Ertinya Saya Menganut Islam ). Pengajian ini boleh dijalankan di sekolah-sekolah, surau mahu pun masjid anda. Kami akan menyediakan para pendiskusi yang berpengalaman membentangkan isi kitab yang cukup terkenal ini di sekitar Negeri Sembilan.

Ya, inilah kekayaan yang sebenar. Kaya dalam menuntut ilmu kerana inilah harta warisan Baginda RasuluLLAH yang amat bernilai.

Kitab ini hakikatnya menjadi bahan rujukan dan bacaan asasi bukan sahaja di kalangan cerdik pandai dan ilmuan Islam di Malaysia , bahkan merupakan rujukan umat Islam di pelbagai negara di dunia.

Kami juga menerima tempahan kitab ini. HANYA RM 12 SEUNIT...... Segera hubungi kami untuk tempahan

0 comments: