Rantau,10 Januari - Surau Riadhul Faliheen dengan kerjasama AlFaliheen Management telah berjaya menganjurkan forum sempena sambutan Ma'al Hijrah peringkat kampung.Panelis forum yang terdiri daripada ustaz yang berpengalaman telah berjaya menambat hati penduduk kampung yang kelihatan terlalu dahagakan ilmu-ilmu agama.
Bertemakan Menjana Ummah Gemilang,program ini telah berjaya mencatatkan kehadiran yang membanggakan iaitu seramai 90 orang.
Kerancakkan program ini ditambah pula dengan keaktifan hadirin dan hadirat yang berlumba-lumba ingin mengemukakan soalan.
Program ini telah dijayakan oleh Us.Mohd Hapizi bin Mohd Ali,Pen.Pengarah Operasi Dakwah Jabatan Pendidikan N.Sembilan,Us.Mohd Khazri bin Osman,Pensyarah Bahasa Arab UKM dan Mohamad bin Mohsin sebagai pengerusi forum.
Mudah-mudahan program ilmiah seperti ini mampu dilaksanakan lagi bagi menyedarkan kepentingan ilmu terhadap masyarakat kampung.
0 comments:
Post a Comment