Thursday, March 15, 2012

Che' Mat dan Krew AFM sepanjang Januari 2012

bersama pelajar Tingkatan Satu, SMK BB Serting

Sudah lama tidak bersua,

Assalamualaikum semua… Sepanjang Januari 2012 yang lalu, kami krew AFM telah mengadakan 3 program di 3 buah sekolah. Jom kita saksikan sedikit suntingan dan gambar untuk tatapan semua. Semangat bersama Che' Mat !

SENTAP (SMK Bandar Baru Serting)

UP! (Maahad Ahmadi Negeri Sembilan)

UP! (SMKA Sheikh Haji Mohd Said)


SENTAP (SMK Bandar Baru Serting)

Pada 11 Jan 2012 lalu , Che’ Mat dan pasukan Al-Faliheen Management telah dijemput untuk mengadakan program SENTAP di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Kaunseling SMK Bandar Baru Serting khusus untuk pelajar tingkatan Satu sempena hari penutupan minggu orentasi mereka. Penyampaian daripada Che’ Mat bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari. Program SENTAP merupakan Program Seminar Motivasi Minat Belajar. Semoga dengan program ini adik-adik SMK Bandar Baru Serting lebih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan di sekolah menengah… Namun, bukan sahaja semangat !! malah dua mangat, tiga mangat dan bermangat-mangat. Ingat!! Kita juga dilahirkan untuk HEBAT…

SENTAP..!!

UP! (Maahad Ahmadi Negeri Sembilan)

Che' Mat bersama salah seorang nuqaba' Maahad Ahmadi

Kali ini Che’ Mat dan pasukan Al-Faliheen Management telah dijemput oleh Penasihat Usrah Al-Amin Maahad Ahmadi, Ustaz Mohd Taufik bin Alias, untuk melaksanakan Usrah Profesional (UP!) khusus untuk barisan nuqaba’ .UP bermula pada 13 Januari, Jumaat jam 5.30 petang dan berakhir pada keesokan harinya jam 5.30 petang juga. Modul yang dibawa adalah modul Usrah Profesional dan kelainan kali ini adalah aktiviti perdebatan yang bertajuk “ADAKAH USRAH DI MAAHAD AHMADI BERKESAN KEPADA PELAJAR?" Kumpulan dibahagikan kepada pihak pembangkang dan penyokong. Sekarang mari kita lihat wajah-wajah bakal imam muda dan ustazah pilihan sepanjang kursus ini.

Dr Hanif bersama dengan salah seorang nuqaba' yang semangat memberikan pandangan

Sesi menguji kekukuhan bangunan peserta oleh Che' Mat


UP! (SMKA Sheikh Haji Mohd Said)

Sesi Public Speaking bersama Che' Mat

Kali ini dengan penuh semangat Che’ Mat dan pasukan Al-Faliheen Management berkongsi ilmu Usrah Profesional di sekolah menengah agama tertua di Negeri Sembilan iaitu SMKA Syeikh Haji Mohd Said (SHAMS). Program bermula pada 20 Februari, hari Jumaat jam 5.30 petang dan berakhir pada esoknya jam 9.00 malam. Kami disambut dengan keceriaan wajah-wajah para nuqaba’ semasa aktiviti tepuk-tepuk semangat sebagai permulaan program. Kelainan program kali ini adalah slot Public Speaking. Slot ini bertujuan untuk mengetahui dan memperbaiki kelemahan dan memantapkan kelebihan yang ada pada diri seseorang naqib yang turut memegang tampuk kepimpinan di SMKA SHAMS. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan dengan meminta seorang demi seorang bangun sambil diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain, bercerita tanpa menggerakkan badan dan tangan, bercerita gaya bebas dan sebagainya. Up! kali ini diakhiri dengan resolusi yang mantap daripada para nuqaba'.

Salah seorang alumni Badar SHAMS dan juga krew AFM yang turut hadir memberi sokongan, Kak Hazirah Esahal

Che' Mat menguji keikhlasan jiwa peserta

Che' Mat bersoal jawab dengan peserta

Barisan krew AFM, Alumni Badar SHAMS dan pihak sekolah yang turut hadir

Thursday, January 19, 2012

Edisi Usrah Profesional (UP!)

Assalamualaikum, Salam Hebat buat pengunjung blog ini...! Anda masih bersemangat bersama Che' Mat..?? Mari kita imbau program UP! sekitar penghujung tahun 2011.. Malah bukan saja Semangat tetapi DuaMangat, TigaMangat dan berMangat-mangat..

Up! Nuqaba' Sekolah Menangah Agama Sains Kuala Pilah (SMASKP)

Alhamdulillah, pada 18-19 November 2011, Nuqaba' SMASKP telah UP! bersama Che' Mat dan AFM di StarFresh Agro Park, Kuala Pilah. Semua peserta yang hadir telah menunjukkan semangat dan minta untuk mengetahui apa yang akan disampaikan oleh Che' Mat. Tempat yang menarik, dengan makanan yang sedap juga mendorong melancarkan lagi perjalanan program. Tidak lupa, guru penasihat dan pengiring daripada SMASKP sendiri turut membantu melancarkan lagi program. Antara guru yang turut hadir memberi sokongan ialah, Ustaz Fuad Othman dan Ustazah Faizah. Berikut antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika program.

Sesi Muhasabah yang menyentuh perasaan dengan penghayatan yang mendalam oleh Che' Mat

Khusyuk peserta mendengar kata-kata daripada Ustaz Zarin


Antara peserta yang perlu menyampaikan tazkirah.

Program yang bermula pada 5.00 petang pada hari Jumaat tamat pada 5.00 petang hari Sabtu dengan jayanya. Para peserta begitu gembira dan seronok. Semua peserta mengucapkan jutaan terima kasih dan terharunya kepada Che' Mat selepas tamat program.

Selepas tamat UP! bersama Nuqaba' SMASKP, kami bergerak ke Banting untuk bersama-sama dengan Nuqaba' Sekolah Agama Menengah Unwanus Sa'adah (SAMUS)

UP! Nuqaba' SAMUS


Begitu khusyuk para nuqaba' SAMUS mendengar ceramah Che' Mat yang turut diselitkan dengan lawak.

Ketika sesi riadhah, naqibat SAMUS begitu bersemangat bersama Kak Ain, fasilitator AFM.

Program di SAMUS bermula pada jam 8.00 malam, dengan sedikit taklimat, ice-breaking melalui aktiviti "cakap-cakap berapa". Para Nuqaba' begitu semangat dan gembira pada malam itu dengan aktiviti yang begitu menggembirakan. Nuqaba' juga perlu memberi tazkirah pada keesokan paginya, selepas subuh dihadapan peserta lain. terdapat halangan-halangan yang diberikan ketika penyampaian mereka. Pelbagai aktiviti juga turut diadakan seperti membina bangunan paling tinggi dan debat. Malam muhasabah sungguh syahdu dan penuh penghayatan yang disampaikan oleh Che' Mat sehingga begitu ramai yang menitiskan air mata keinsafan. Kesimpulannya, program di SAMUS berjalan dengan jayanya dengan testimoni yang baik daripada peserta dan pihak sekolah.

Wednesday, November 30, 2011

MAX CAMP SIRI KE-8



Apakah program ini?

Program ini adalah program tahunan yang dijalankan setiap cuti sekolah hujung tahun. Kini sudah masuk siri yang ke-8 (Program umum sahaja. Program yang sama dilakukan di mana-mana seperti sekolah,masjid, surau, dll tidak diambil kira). Program ini dianjurkan oleh Alfaliheen Management. Nama program ini adalah KEM MOTIVASI ANAK EXCELLENT! (MAX Camp)

Apakah modul program ini?

Terdapat tiga modul teras yang menjadikan program ini efektif. Pertamanya adalah Modul Excellent Taqwa yang membicarakan persoalan aqidah. Modul ini menekan persoalan iman, ketaqwaan dan meningkatkan hubungan peserta kepada Allah. Kesannya, jika hati dekat pada Allah, manusia pasti terpandu setiap langkahnya.

Modul kedua adalah Excellent Future. Modul ini akan membimbing peserta supaya memiliki matlamat kehidupan yang jelas. Matlamat tersebut dihuraikan secara holistik dengan menjadikan keredhaan Allah dan syurgaNya menjadi tujuan utama. Kemudian peserta akan dibimbing supaya mereka juga tidak melupakan matlamat hidup di atas muka bumi. Inilah yang dinamakan matlamat holistik. Mengejar matlamat akhirat tanpa melupakan dunia.

Modul ketiga pula adalah Excellent Amal. Modul ini akan membentuk 4 sikap utama yang perlu diamalkan apabila mahu melakukan sesuatu kerja. Peserta akan menghayati 4 sikap ini iaitu (1)doa pada permulaan kerja, (2)usaha keras tanpa kenal putus asa, (3)berterusan melakukan kebaikan dan (4)bertawakkal pada Allah setelah melakukan sesuatu yang terbaik.


Apakah modul ini berkesan dan ada tak komen ikhlas daripada peserta-peserta yang pernah mengikuti modul ini?

1) Program yang dianjurkan AFM & Che’ Mat sememangnya berkesan. Semua orang patut hadir program seperti ini. Memang best! – Peserta dari Ma’ahad Ahmadi, Gemencheh

2) Saya sungguh sedar dan tersentuh hati dengan setiap kata-kata dan muhasabah yang diucapkan oleh Che’Mat – peserta dari SMK Dato’ Shahardin, Labu

3) Selepas saya mengikuti program bersama Che’Mat, saya rasa seperti ada semangat baru. Tiada siapa yang boleh menghalang saya untuk berjaya sekarang ini – peserta dari Kem 2010

4) Kursus ini sangat menarik dan bermanfaat. Gamesnya sangat menarik. Involve all participants and systematic. – peserta dari Kolej Mara Seremban

5) Terima kasih Che’Mat dan fasilitator. Saya sudah tahu kelebihan saya. Saya akan gunakan untuk melakukan perkara-perkara kebaikan. – peserta dari SMA Dato Haji Mustapha Jempol

6) Saya rasa tak rugi saya bayar rogram ini RM120. Kalau saya tahu RM1200 pun saya sanggup bayar! – Najmi pelajar perubatan di Kuala Lumpur


Apakah keistimewaan program ini sebenarnya?

1) Sudah semestinya keistimewaan yang pertama adalah jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Beliau adalah Che’Mat. Che’Mat walaupun baru sahaja tiga tahun dalam dunia pembangunan manusia, namun bakat beliau tidak boleh diperkecilkan lagi. Beliau rajin mencari ilmu untuk memantapkan persembahannya. Pembawakkannya juga bersahaja. Santai. Mudah didekati. Paling utama Che’Mat masih muda. Sesuai dengan program-program orang muda. Bahasanya juga lembut dan boleh disesuaikan mengikut dialek tertentu. Beliau juga bijak menggunakan intonasi suara untuk menjadikan programnya sentiasa ceria dan bersemangat. Anak-anak yang mengikuti programnya pasti akan sentiasa seronok disamping banyak input yang menyentuh hati yang diselitkan. Maklumat lanjut tentang beliau boleh didapati di laman blog peribadinya iaitu http://mohamadmohsin.blogspot.com/ atau facebook Mohamad Che’ Mat.


2) Kelebihan kedua program ini terletak pada fasilitatornya. Mereka ini dipilih sendiri oleh Che’Mat dan dijamin mempunyai komitmen yang tinggi, peribadi yang baik, pengalaman yang luas dan kemahiran komunikasi yang baik. Mereka semuanya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada antaranya sudah bekerjaya, dan ada juga yang masih belajar di universiti. Ada kelulusan agama, dan ada juga berkelulusan sains. Pokoknya, mereka semua ini telah pun mendapat latihan yang cukup. Bahkan juga Che’Mat sendiri mengadakan bengkel fasilitator kepada semua fasilitator sebelum bermula program.


3) Kelebihan ketiga pula terdapat pada modulnya. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan, Che’Mat dan fasilitator telah pun merangka modul khusus untuk pembangunan remaja. Tiga modul tersebut iaitu Excellent Taqwa, Excellent Future, dan Excellent Amal. Ianya di persembahkan dalam bentuk yang pelbagai. Ada ceramah interaktif, video, audio, games, dan pelbagai lagi aktiviti menarik.


4) Kelebihan keempat pula adalah pengisianya yang menggunakan pendekatan segar berdasarkan kajian NLP. Kami menekankan kepada dua aspek iaitu High Technology dan High Touch. High Tech adalah menggunakan segala macam peralatan moden seperti LCD Projector, Sound System, dan sebagainya. High Touch pula adalah pada penyampaian yang berimpak tinggi. Terus ke dalam hati dan benak fikiran peserta. Antaranya adalah memasukkan cerita-cerita sahih dari hadis Nabi S.A.W, kisah-kisah tauladan dan permainan yang menyentuh jiwa.


5) Akhirnya adalah pada sistem pembahagian kumpulan yang efektif. Kecil. Mengikut julat umur. Membezakan antara lelaki dan perempuan. Semua ini diraikan untuk memastikan konsep One To One Couching dapat dilaksanakan.


Bilakah program ini dijalankan?

Tarikhnya adalah 18-20 Disember 2011. Hanya satu siri sahaja yang dibuat. Olehn itu, segera daftarkan tempat untuk anak anda.


Dimanakah program akan dibuat?

Program ini dibuat di Pusat Sains Marin 1, Universiti Pertanian Malaysia di Port Dickson.


Siapakah yang patut hadir dalam program seperti ini?

Semua anak-anak yang berumur 11-17 tahun. Tidak kira lelaki atau pun perempuan. Semua layak mengikutinya!


Berapakah yurannya?

Yuran sebenar adalah RM240. Walaubagaimanapun, kami memberi DISKAUN 50% untuk pendaftaran awal sebelum 10 Disember 2011 ini. Mereka yang mendaftar awal akan mendapat harga RM120 sahaja. Terhad sehingga 10 Disember sahaja.


Bagaimana mahu mendaftar?

Mudah sahaja. Buat 4 langkah dibawah.

1-Sila buat pembayaran di Maybank atas nama Alfaliheen Management. No.akaun adalah 555126111085.

2-Kemudian SMS pada kami (0134031949-SHAH , 0133154779-fatin) kan 3 maklumat berikut :
1-Nama anak anda (peserta)
2-No.Kad pengenalan / Surat beranak
3-Maklumat bayaran (bila dan dimana)

3-Anda akan mendapat SMS pengesahan. Sila simpan SMS pengesahan tersebut, dan tunjukkan semasa pendaftaran di hari program 18 Disember nanti.

4-Sila bawa bersama RESIT pembayaran ke tempat program.



Hubungi nombor dibawah untuk pendaftaran :

1) 0134031949 En.Shah

2) 0133154779 Cik.Fatin




JADUAL PROGRAM MAX Camp 2011


Hari 1 : Ahad

Masa Aktiviti

2.00 – 4.00 petang Pendaftaran

4.00 – 5.00 petang : Solat Asar & Minum Petang

5.00 – 6.00 petang : Taklimat, Suai Kenal

6.00 – 7.00 petang : Makan, Mandi & Bersedia untuk solat

7.00 – 7.30 malam : Solat Maghrib

7.30 – 8.30 malam : Ice Breaking

8.30 – 9.00 malam : Solat Isyak

9.00 – 10.30 malam : Modul 1 : Excellent Iman & Taqwa

10.30 – 11.00 malam : Minum malam & Tidur

Hari 2 : Isnin

Masa Aktiviti

5.00 – 6.00 pagi : Qiamullail, Zikir Munajat, & Solat Subuh

6.00 – 6.45 pagi : Kuliah Subuh ( Kisah Pembunuh 99 Nyawa Manusia)

6.45 – 7.15 pagi : Riadhah Pagi

7.15 – 8.00 pagi : Sarapan & Bersedia untuk slot seterusnya

8.00 – 9.00 pagi : LDK : Kenal Diri

9.00 – 11.00 pagi : Modul 1 : Excellent Iman & Taqwa

11.00 – 12.00 t/hari : LDK : Kenal Diri 2

12.00 – 1.00 t/hari : Qailulah (Tidur tengahari seperti sunnah Nabi S.A.W)

1.00 – 2.00 petang : Solat, Makan & Bersedia untuk slot seterusnya

2.00 – 4.00 petang : Modul 2 : Excellent Future

4.00 – 5.00 petang : Solat Asar, Minum Petang, Rehat

5.00 – 6.00 petang : Riadhah

6.00 – 7.00 petang : Makan, Mandi & Bersedia untuk solat maghrib

7.00 – 7.30 malam : Solat Maghrib

7.30 – 8.30 malam : Kuliah Maghrib ( Kisah 3 Bani Israil Ditimpa Penyakit Kronik)

8.30 – 9.00 malam : Solat Isyak

9.00 – 10.30 malam : Modul 2 : Excellent Future

10.30 – 11.00 malam : Minum malam & Tidur

Hari 3 : Selasa

5.00 – 6.00 pagi : Qiamullail, Zikir Munajat, & Solat Subuh

6.00 – 6.45 pagi : Kuliah Subuh ( Kisah 3 Lelaki Terperangkap dalam Gua)

6.45 – 7.15 pagi : Riadhah Pagi

7.15 – 8.00 pagi : Sarapan & Bersedia untuk slot seterusnya

8.00 – 9.00 pagi : LDK : Hafazan & Smart Solat

9.00 – 11.00 pagi : Modul 3 : Excellent Amal

11.00 – 12.00 t/hari : LDK : Hafazan & Smart Solat

12.00 – 1.00 t/hari : Qailulah (Tidur tengahari seperti sunnah Nabi S.A.W)

1.00 – 2.00 petang : Solat, Makan & Bersedia untuk slot seterusnya

2.00 – 3.00 petang : LDK : What I Get?

3.00 – 4.00 petang : Kemas barang-barang

4.00 – 5.00 petang : Majlis Penutup bersama ibu bapa/ penjaga


Wednesday, July 13, 2011

Motivasi Rembatan Akhir bersama Che' Mat


"Ust Mohamad boleh buat tak program pecutan akhir untuk pelajar saya"

"Che' Mat, pelajar sekolah kami masih malas belajar la.. boleh bantu tak?"

"Ust Mad, ada petua boleh kongsi untuk tingkatkan pecutan pelajar saya ni? Dah dekat peperiksaan, pelajar masih main lagi. Pening saya!"

Itulah rintihan yang saya dengar apabila tiba musim peperiksaan. Saya rasa bukanlah saya keseorangan mendengar rintihan seperti ini. Bahkan hampir semua rakan trainer juga mendengar perkara yang sama. Maka oleh sebab itu saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan anak-anak tuan/puan. Jika mereka masih malas lagi, berikan peluang kepada saya mencubanya. Jika mereka masih berdegil lagi, berikan peluang kepada saya untuk melenturkannya. Hantarkan kepada saya.

Ragu-ragu

"Eh, boleh berjaya ke? Semua program motivasi sama sahaja. Saya dah hantar ke program yang mahal-mahal, masih sama sahaja perangai anak saya"

Jika ini yang terlintas, bermakna anda sedang berprasangka kepada ANAK anda. Bukan berprasangka kepada SAYA sebenarnya. Jika anda yakin anak anda boleh berubah, Insya Allah dia akan berubah. Saya tidak rugi jika 1000 orang berprasangka kepada saya sekalipun. Tetapi cukuplah dengan anda seorang sahaja berprasangka kepada anak anda, dan dia akan menjadi manusia paling rugi. =)


Motivasi Rembatan Akhir!

"Program apakah yang ditawarkan ini? Beriya-iya sangat cakapnya"

Program ini dinamakan sebagai Motivasi Rembatan Akhir! Namanya sahaja sudah cukup memberansangkan. Peringatan! Kami bukanlah Tuhan yang mampu mengubah anak anda. Kami hanya membantu dan akan ajarkan kepada anak anda bagaimana mendapatkan kuasa "REMBATAN" sebenar apabila mereka sudah benar-benar tiba di masa penamat.

Modul berkesan dan terbaik

"Apakah modul yang akan digunakan?"

Program ini menggunakan Formasi 2-3-4-5. Anak anda pasti akan mempelajari :

2 Teknik Mengenal Potensi & Kehebatan Diri. Anak anda akan sedar dan tahu mereka sebenarnya mempunyai kehebatan yang luar biasa. Maka kehebatan itu mesti digunakan untuk pelajaran dan masa depan.

3 Teknik Memotivasikan Diri Sendiri. Selepas ini anda tidak perlu bersusah payah mengingatkan anak anda selalu. Mereka akan diajar bagaimana caranya mendapatkan sumber motivasi. Jika mereka mengamalkan teknik ini, saya jamin anak anda pasti hidupnya cemerlang.

4 Teknik Belajar Berkesan. Setiap manusia Allah kurniakan kelebihan juga kelemahan. Jika pandai mengenalpasti kekuatan, pastilah kerja yang dilakukan berkesan. Oleh itu, kami akan bantu mereka mengenalpasti apakah teknik yang sesuai buat anak anda. Teknik tersebut namanya 4 Teknik TERRBAiK!

5 Teknik Belajar Rembatan Akhir. Teknik ini akan membantu mereka meningkatkan kefahaman dalam pelajaran. Memudahkan mereka fokus dan mengingati pelajaran.

Bersemangat bersama Che' Mat

"Siapakah yang akan menyampaikan Motivasi Rembatan Akhir ini?"

Nama saya Che' Mat.Saya merupakan Perunding Motivasi di AlFaliheen Management. Peneraju modul Usrah Profesional. Certified TAMRIN Basic Training. Ahli Perunding Latihan Motivasi Muslim Malaysia. Certified Professional Learning Facilitator. Lanjut tentang saya sila layari
http://mohamadmohsin.blogspot.com​ atau
http://rembatanakhir.blogspot.com​.

Anda pasti berminta kan?

" Ohh, kalau macam tu baguslah program ini ! Siapa yang patut hadir ?"

Kami membuka ruang seluas-luasnya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti UPKK, UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM.

Ibu-bapa dan guru-guru yang berminat untuk mengenali lebih dekat potensi anak-anak anda juga dijemput hadir. Anda juga digalakkan menjadi peserta. itu lebih Terbaik!


Kami pasti memudahkan anda!

Kaedah pendaftaran adalah dengan cara memasukkan bayaran RM 30 di akaun Maybank.

AlFaliheen Management
No.Akaun : 555 126 111 085

Kami menyediakan 2 cara untuk memudahkan anda.

Cara Pendaftaran 1 :

Sila SMS atau hubungi pegawai khidmat pelanggan kami yang bersedia pada bila-bila masa. Nombornya adalah
Izzah : 014-9500084
Shah : 013-4031949
Zira : 013-4573521
Lisa : 013-2578970
Deen : 013-2507978

SMS kan kepada kami
1-Nama Penuh anak anda
2-No. Surat Beranak / Kad Pengenalan
3-Peperiksaan yang sedang diduduki (UPKK/UPSR/PMR/SPM/STPM/ST​AM)
4-Maklumat pembayaran. RM berapa? Di lokasi mana pembayaran dibuat? Dan pada jam berapa pembayaran dibuat?

Cara Pendaftaran 2 :
Sila layari http://tinyurl.com/rembata​nakhir

Jadi apa tunggu lagi? =)